
Produk wangian kini dianggap sebagai salah satu keperluan utama dalam konteks penjagaan kecantikan dan kesihatan. Ianya bukan sahaja menjadi rebutan kepada wanita malah kaum lelaki juga kini amat menitik beratkan penjagaan dan penampilan diri mereka.
Berikutan itu, One Drop Sdn Bhd, pengeluar dan pengimport pati minyak wangi tanpa alkohol terbesar di Malaysia kini mengorak setapak kehadapan dengan melancarkan pek terbaru One Drop Perfumes by Egyptian Potion pada 24hb Julai lalu di Hotel Sheraton Subang bermula pada pukul 3 petang. Pek terbaru ini lebih eksklusif serta botol wangiannya didatangkan dalam bentuk ‘roll-on’ yang dapat memberi kemudahan kepada para pengguna.
Pembungkusan terbaru ini dilancarkan selaras untuk memenuhi permintaan pelanggan dan meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa seperti Vietnam, Singapura, Belgium, Afrika Selatan, United Kingdom dan Australia dalam masa terdekat.
Pek terbaru ini mempamerkan lapan jenis wangian yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa dalam setiap kotak. Terdapat empat kotak untuk wanita dan dua kotak untuk lelaki. Setiap botol mengandungi 2.75ml pati minyak wangi yang mampu menghasilkan wangian yang tahan sepanjang hari.

- Pek Terbaru

Antara kelebihan One Drop Perfumes by Egyptian Potion ini ialah ianya tidak mengandungi alkohol dan tiada campuran air, 5 kali tahan lebih lama, pati minyak wangi yang diinspirasi dari 48 jenama antarabangsa dan 10 kali lebih ekonomikal pada harga cuma RM40 sekotak.
Majlis pelancaran lalu disertai oleh Pn Saffar Noor dan En Josafri Johari selaku Pengarah Urusan One Drop Perfumes serta beberapa selebriti tempatan yang merupakan pengguna dan juga rakan syarikat. Antaranya ialah Rozita Che Wan, Airis Yasmin, Along Cham (Raja Lawak), Zaid Dato’ Zahari, Kumpulan The Girls, Mira Normila, Shukry Ashaari (Vokalis The Reza 60′an), Kumpulan Sylness dan juga Dj Hezry Hashim (selaku hos), Dj Kzie dan Dj Nazie dari KLFM.

- Duta OneDropPerfumes by Egyption Potion

Hanya dalam jangkamasa 15 bulan selepas pelancaran Egyptian Potion, One Drop Sdn Bhd telah berjaya memperluaskan rangkaian pengedaran di seluruh Malaysia dengan mencatat lebih 1200 pengedar. Rangkaian pengedaran ini merangkumi butik atau salun kecantikan dan juga agen individu. Malah rangkaian pengedaran di Malaysia turut menarik minat pengedar bukan bumiputra.
Dari sudut eksport pula, One Drop Sdn Bhd telah berjaya melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura, Vietnam dan Indonesia. Sambutan yang diterima dari negara-negara luar amat menggalakkan dan di luar jangkaan pihak syarikat.
Selain itu, One Drop Perfumes bakal mancatatkan perkembangan pasaran eksport terbaru apabila minyak wangi tanpa alkohol ini akan mula dipasarkan kepada para pengguna di Belgium, South Africa dan Australia pada suku ketiga tahun ini.
One Drop juga kini dalam proses membangunkan pejabat pemasarannya yang terbaru di London, United Kingdom yang dijangka siap pada hujung tahun ini. Ini adalah langkah terbesar yang diambil oleh pihak syarikat untuk memperluaskan pasaran eksport secara agresif. United Kingdom merupakan pasaran penting kerana ia mempunyai bilangan penduduk Islam yang tinggi dan minyak wangi tanpa alkohol ini akan menjadi alternatif terbaik kepada penduduk beragama Islam di negara tersebut. Ia juga merupakan pintu masuk penting ke pasaran di negara-negara Eropah yang lain.











Hello. I think the article is really interesting. I am even interested in reading more. How soon will you update your blog?
slm..
sy berminat untuk ceburkan diri dlm bisnes ni.
tp blm cukup pengetahuan la….
blh tlg terangkan
cik/puan haslina boleh lihat pd pages produk@ agen jualan untuk mengetahui maklumat lanjut atau boleh hubungi saya terus (013-3532594 – hermas)
salam…sy cukup berminat nak jd agen jualan one drop perfume ni…
tp sy perlu dptkan harga yg murah utk permulaan jaulan..
mungkin sy boleh beli dlm 5 kotak dl untuk mulakan jualan ni..
sebab sy pelajar…klu boleh…sy nak dptkan harga yg murah…