top-image

LATEST ARTICLES

Set Terbaru!

Set Terbaru!


  • MEN Set 3 (Black)

  • Harga RM 40/45 (Semenanjung/Sabah & Sarawak)

    1. Inspired by Desire, Dunhill
    2. Inspired by Hugo XY, Hugo Boss
    3. Inspired by Dior Sport, Christian Dior
    4. Inspired by Miracle Homme, L’Aquatonic
    5. Inspired by White Musk for Men, Body Shop
    6. Inspired by Diamonds for Men, Emporio Amani
    7. Inspired by Sculpture, Homme
    8. Inspired by Epiphany, One Drop Perfumes

  • WOMEN Set 5 (White)

  • Harga RM 40/45 (Semenanjung/Sabah & Sarawak)

    1. Inspired by Fairy Dust, Paris Hilton
    2. Inspired by Flower, Kenzo
    3. Inspired by Eau De, Givenchy
    4. Inspired by Magnifique, Lancome
    5. Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
    6. Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
    7. Inspired by Pure Poison, Christian Dior
    8. Inspired by Midnight Fantasy, Britney Spears






TIADA yang lebih membahagiakan kepada akhbar kompak yang semakin popular, Kosmo! apabila majlis Parti Selebriti Kosmo! – One Drop Perfumes 2009 pada Jumaat lalu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 50 anak seni tempatan.

Berlokasi di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur sebagai lokasi, artis generasi baru mahupun golongan senior, masing-masing datang dengan satu tujuan iaitu demi meraikan transformasi akhbar berkenaan menerusi wajah baru seksyen rencananya, Kosmo! 2.

Pada waktu sama, mereka meraikan pelancaran dua set pewangi baru yang bertema hitam dan putih oleh rakan strategik Kosmo!, One Drops Perfumes.

Perasmian wajah terbaru Kosmo! 2 dilaksanakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin sambil disaksikan oleh 400 orang tetamu.


TAN SRI HASHIM (dua dari kanan) merasmikan pelancaran wajah baru Kosmo! 2 sambil diperhatikan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak (kanan).

Pelancaran Men Set 3 dan Women Set 5 One Drop Perfumes pula dilakukan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat One Drop Sdn. Bhd., Saffar Noor dan Pengarah Urusan Kumpulan itu, Josafri Johari.

Pertama kali menjadi tuan rumah untuk merealisasikan acara gilang-gemilang itu sudah pasti membuatkan bermacam-macam perasaan timbul.

Apatah lagi kami hanya mempunyai masa sekitar seminggu untuk menghulur jemputan kepada artis-artis berkenaan. Melihat jangka masa yang sebegitu suntuk, kami sendiri awalnya sukar untuk percaya bahawa hasrat mengumpulkan lebih 50 artis dalam acara berkenaan menjadi kenyataan.

Gementar, risau dan kelam-kabut sudah tentulah berlegar-legar dalam diri seluruh tenaga kerja yang terlibat demi memikirkan perjalanan majlis tersebut. Gemuruh bertambah rancak melanda jiwa apabila ia mula dihebahkan kepada khalayak menerusi Kosmo! dan stesen radio popular, Suria FM sejak seminggu yang lalu.


JOSAFRI (kanan) bersama dua wanita penting dalam hidupnya, ibunya Saffar(tengah) dan isteri, Netti.

Kami juga mendapat kerjasama penuh daripada majalah hiburan paling popular dan tertua dalam negara, URTV bagi mempromosikan acara ini.

Maklumlah, majlis yang direncanakan itu bukan sembarangan atau berstatus picisan. Ia sebaliknya membawa harapan dan cita-cita tinggi menggunung untuk membawa nama Kosmo! dan One Drop Perfumes ke tahap yang lebih membanggakan. Itu sudah semestinya menjadi agenda utama kami.

Kebimbangan itu bagaimanapun surut apabila sekitar pukul 7.30 malam muncul gerombolan pembaca Kosmo! dan pengedar One Drop Perfumes yang terpilih di laluan karpet merah.


AMBOI kakak, gelek sakan nampak. Gelagat pengedar One Drop Perfumes yang terpilih dalam acara pakaian menarik.

Ini kemudian diikuti oleh seorang demi seorang artis yang muncul mengikut tema hitam putih dalam gaya glamor santai.

Pada pukul 7.45 malam, penyampai radio paling popular di negara ini, Fara Fauzana menjadi artis pertama yang melalui karpet merah. Bahkan Fara yang ditemani adik perempuannya juga sempat ditemuramah oleh Nizam Kring-Kring dan Amyza Aznan yang bertindak selaku pengacara karpet merah.

Gandingan figura wartawan hiburan dan artis itu memang cukup bersesuaian dan punya keserasian tersendiri. Mereka tidak terkecuali ‘mengenakan’ artis yang melintasi karpet merah.


CHEF WAN bersama anak daranya, Sherina nampak gembira benar pada majlis Kosmo! dan One Drop Perfumes.

Pelbagai soalan nakal dan kisah panas peribadi artis yang cuba dikorek sambil disaksikan peminat. Gamat jugalah keadaan kerana para artis begitu terbuka menjawab setiap pertanyaan daripada dua hos berkenaan.

Antara artis yang menjadi ‘mangsa’ ialah Abby Abadi dan pasangannya, Zulkiffli Ariffin yang tidak habis-habis diusik dengan pertanyaan ‘Bila nak kahwin?’. Ini termasuklah juruhebah popular Era, Linda Onn yang turut disakat apabila muncul dengan ‘orang baru’nya.

Antara artis yang hadir pada malam itu ialah Liyana Jasmay, Dafi, Farish Aziz, Jay Jay, Tam, Serina Redzuawan, Ramlah Ram, Linda Onn, Chef Wan, Maya Karin, Faradhiya, Zizie Izette, Rebecca Nur Islam, Hunny Madu, Fahrin Ahmad dan Scha.

Tidak ketinggalan Remy Ishak, Fizz Fairuz, Ameng Spring, Raja Farah, Nine OIAM3, Amylea, Shidi dan Vee, Bienda, Winnie K, Hafiz AF7, Intan Ladyana, Ainul Aishah, Fizo Omar, Erry Putra, Syamsul Datuk Yusof, Sheila Abdull, Zoey, Ferhad, Faizal Ismail, Lisa Surihani, Dira Abu Zahar dan Kamal Adli.


PADAT dengan elemen hiburan, tetamu juga tidak melepaskan peluang berjoget lambak.

Kehadiran si jelita Rozita Che Wan nampaknya memang meraih tumpuan ‘luar biasa’. Apa tidaknya, peminat ingin melihat sendiri daripada dekat selebriti tinggi lampai itu yang sering menghiasi wajah muka depan Kosmo! sebelum ini.

Apakah kecantikan Rozita sama macam yang disaksikan dalam gambar-gambar siaran Kosmo!? Betul ke Rozita pakai bulu mata tiga tingkat? Jawapannya dapat diketahui sendiri oleh tetamu yang nampaknya cukup gembira bertemu dengan jurucakap One Drop Perfumes itu.

Selain Rozita, masing-masing selebriti datang dengan mengikut tema yang ditetapkan. Baik artis lelaki mahupun wanita, mereka tidak mahu kalah dengan busana indah yang dipilih khas untuk digayakan pada acara perdana Kosmo! itu.

Paling menarik, wajah-wajah yang hadir merupakan artis yang sedang mekar serta mengharum di laman seni. Malah mereka juga selalu menghiasi kaca televisyen di semua saluran yang ada di negara ini.

Walaupun sibuk dengan komitmen kerja yang tidak menentu, mereka tetap sempat meluangkan masa memberi sokongan kepada Kosmo! yang selama ini memang berperanan sebagai platform untuk mereka lebih dikenali sekali gus menempa populariti.

Di kesempatan yang ada selama setengah jam itu, kelihatan artis yang hadir tidak ketinggalan berkongsi cerita dan perkembangan terbaru dengan kenalan artis masing-masing.

Ada yang bercanda riang. Bahkan ada juga yang serius berbicara tentang karier mereka. Itulah yang menariknya tentang Parti Selebriti Kosmo! – One Drop Perfumes 2009.

Peminat yang hadir sudah pastilah menjadi insan yang paling teruja pada malam itu. Masakan tidak, mereka dapat duduk semeja dengan individu terkenal yang selama ini hanya mampu dilihat di televisyen dan layar lebar.

Tersenyum puas nampaknya mereka apabila dapat bercakap, bergelak tawa serta bergesel bahu dengan figura-figura terkenal dalam dunia seni dan bergambar dengan artis kesayangan mereka.

Walaupun persembahan yang energetik dan memukau disediakan untuk tatapan mereka tetapi peminat terus melakukan ‘maraton’ untuk mendapatkan autograf dan merakamkan gambar kenang-kenangan dengan artis yang hadir.


PARA ARTIS bergambar bersama meraikan wajah baru Kosmo! 2 dan kemunculan set wangian terbaru One Drop Perfumes di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Si artis pula tanpa ada sebarang perasaan jemu terus mengikuti segala kemahuan dan telunjuk peminat. Paling penting, peminat yang hadir pada acara Kosmo! itu pulang dalam kegembiraan. Seronok!

Dalam perkembangan lain, Kosmo! 2 sebenarnya sudah memulakan tranformasinya sejak Januari lalu dengan memperkenalkan enam sisipan melalui 16 muka surat.

Antara ciri-ciri segar yang ditonjolkan melalui Kosmo! 2 itu termasuk perubahan kepada masthead, persembahan cerita dengan lebih kemas dan menarik serta lebih berinformasi.

Pembaharuan itu menampilkan sisipan Stailo yang berkisar tentang gaya dan kecantikan pada setiap Isnin, Gen-k iaitu berkenaan cara hidup generasi muda (Selasa) serta Infiniti mengenai gajet dan sains (Rabu).

Sisipan lain pula ialah Urban yang berkisar tentang rentak kehidupan kota (Khamis), Pesona khusus untuk wanita moden (Jumaat) dan Horizon mengenai liburan hujung minggu (Sabtu).

Manakala ruangan hiburan Hab Hib pula sentiasa bersedia menyajikan berita-berita hangat dan sensasi tentang dunia hiburan tempatan dalam dan luar negara.

Seluruh redaksi Kosmo! dan pengurusan One Drop Perfumes ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada artis dan tetamu yang terlibat.

Tanpa kemunculan kalangan artis yang glamor dan tetamu lain maka sudah pastilah acara kami tidak berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sejuta kemaafan dipohon sekiranya terdapat kekurangan atau sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan sepanjang majlis selama tiga jam itu diadakan.

Terima kasih daun keladi sekali lagi dilafazkan dengan sepenuh hati kepada rakan kongsi strategik kami, One Drop Perfumes dan sekalung budi juga buat radio rasmi parti kami, Suria FM dan majalah rasmi, URTV di atas kerjasama mereka.

Nantikan kehadiran Parti Selebriti Kosmo! – One Drop Perfumes seterusnya.

Harga Baru bagi Agen. Berkuatkuasa 1 Jun 2009

Harga Baru bagi Agen. Berkuatkuasa 1 Jun 2009

Berkuatkuasa 1 Jun 2009, harga bagi agen Aemas-Shop telah dinaikkan berikutan kenaikan harga bagi sub-stokis oleh pihak HQ. Untuk menanggung kos kenaikan tersebut pihak Aemas-Shop terpaksa melakukan perubahan harga ini. Sokongan anda terhadap Aemas-Shop amat saya hargai. Harap maklum.

Untuk makluman lanjut mengenai perubahan tersebut, rujuk halaman “AGEN JUALAN”.

bannerpromosilands

Anda berminat untuk menambahkan pendapatan sampingan anda? Jika Ya, Jadilah Agen Jualan Aemas-shop.com Sekarang!

Syarat-Syarat untuk menjadi Agen Jualan

  • Mesti membeli 6/8 set Egyption Potion (sekali sahaja).<–Sementara promosi ini belum berakhir.  
KEISTIMEWAAN menjadi Agen Jualan
  • Hadiah misteri akan diberikan sekiranya memesan lebih 30+ kotak dalam masa sebulan.

PEMBAYARAN & PENGHANTARAN

  • Jangka masa penghantaran tertakluk kepada kawasan atau selewat-lewatnya 5 hari bekerja. Penghantaran akan dibuat menggunakan pos laju/pos ekspress. KESELAMATAN PENGHANTARAN dijamin selagi alamat yang diberikan adalah TEPAT. Pihak Aemas-Shop.com tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda salah memberikan alamat dsb. Harap maklum.
  • PEMBAYARAN boleh dilakukan mengikut cara yang telah dinyatakan(Rujuk Halaman Cara Beli & Bayar) <–Klik disini

Berminat? Apa Tunggu Lagi.

  • Hubungi admin Aemas-Shop.com, Hermas 013-3532594
  • Waktu urusan: 10am-5pm.

Majlis Pelancaran

Produk wangian kini dianggap sebagai salah satu keperluan utama dalam konteks penjagaan kecantikan dan kesihatan. Ianya bukan sahaja menjadi rebutan kepada wanita malah kaum lelaki juga kini amat menitik beratkan penjagaan dan penampilan diri mereka.

Berikutan itu, One Drop Sdn Bhd, pengeluar dan pengimport pati minyak wangi tanpa alkohol terbesar di Malaysia kini mengorak setapak kehadapan dengan melancarkan pek terbaru One Drop Perfumes by Egyptian Potion pada 24hb Julai lalu di Hotel Sheraton Subang bermula pada pukul 3 petang. Pek terbaru ini lebih eksklusif serta botol wangiannya didatangkan dalam bentuk ‘roll-on’ yang dapat memberi kemudahan kepada para pengguna.

Pembungkusan terbaru ini dilancarkan selaras untuk memenuhi permintaan pelanggan dan  meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa seperti Vietnam, Singapura, Belgium, Afrika Selatan, United Kingdom dan Australia dalam masa terdekat.

Pek terbaru ini mempamerkan lapan jenis wangian yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa dalam setiap kotak. Terdapat empat kotak untuk wanita dan dua kotak untuk lelaki. Setiap botol mengandungi 2.75ml pati minyak wangi yang mampu menghasilkan wangian yang tahan sepanjang hari.

Pek Terbaru
Pek Terbaru

Antara kelebihan One Drop Perfumes by Egyptian Potion ini ialah ianya tidak mengandungi alkohol dan tiada campuran air, 5 kali tahan lebih lama, pati minyak wangi yang diinspirasi dari 48 jenama antarabangsa dan 10 kali lebih ekonomikal pada harga cuma RM40 sekotak.

Majlis pelancaran lalu disertai oleh Pn Saffar Noor dan En Josafri Johari selaku Pengarah Urusan One Drop Perfumes serta beberapa selebriti tempatan yang merupakan pengguna dan juga rakan syarikat. Antaranya ialah Rozita Che Wan, Airis Yasmin, Along Cham (Raja Lawak), Zaid Dato’ Zahari, Kumpulan The Girls, Mira Normila, Shukry Ashaari (Vokalis The Reza 60′an), Kumpulan Sylness dan juga Dj Hezry Hashim (selaku hos), Dj Kzie dan Dj Nazie dari KLFM.

Duta OneDropPerfumes by Egyption Potion
Duta OneDropPerfumes by Egyption Potion

Hanya dalam jangkamasa 15 bulan selepas pelancaran Egyptian Potion, One Drop Sdn Bhd telah berjaya memperluaskan rangkaian pengedaran di seluruh Malaysia dengan mencatat lebih 1200 pengedar. Rangkaian pengedaran ini merangkumi butik atau salun kecantikan dan juga agen individu. Malah rangkaian pengedaran di Malaysia turut menarik minat pengedar bukan bumiputra.

Dari sudut eksport pula, One Drop Sdn Bhd telah berjaya melebarkan sayapnya ke Brunei, Singapura, Vietnam dan Indonesia. Sambutan yang diterima dari negara-negara luar amat menggalakkan dan di luar jangkaan pihak syarikat.

Selain itu, One Drop Perfumes bakal mancatatkan perkembangan pasaran eksport terbaru apabila minyak wangi tanpa alkohol ini akan mula dipasarkan kepada para pengguna di Belgium, South Africa dan Australia pada suku ketiga tahun ini.

One Drop juga kini dalam proses membangunkan pejabat pemasarannya yang terbaru di London, United Kingdom yang dijangka siap pada hujung tahun ini. Ini adalah langkah terbesar yang diambil oleh pihak syarikat untuk memperluaskan pasaran eksport secara agresif. United Kingdom merupakan pasaran penting kerana ia mempunyai bilangan penduduk Islam yang tinggi dan minyak wangi tanpa alkohol ini akan menjadi alternatif terbaik kepada penduduk beragama Islam di negara tersebut. Ia juga merupakan pintu masuk penting ke pasaran di negara-negara Eropah yang lain. 

product_lands2

Minyak wangi Egyptian Potion atau lebih dikenali sebagai One Drop Perfumes semakin mendapat tempat di pasaran dan menjadi perhatian bagi mereka yang inginkan Minyak Wangi tanpa Alkohol dan Air. Kini anda boleh memiliki minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama antarabangsa pada harga yang yauh lebih murah! 

Dengan reka bentuk yang mudah dibawa (Mini-Ature Roll), setiap set Egyption Potion mengandungi 8 botol minyak wangi dan didatangkan dengan 8 jenis wangian yang berbeza bagi setiap botol di mana setiap botol mengandungi 2.75 ml.

Harga set Egyption Potion sekitar RM40~45. Sekiranya perbandingan dibuat dengan jenama yang sama di pasaran, harga yang ditawarkan jauh lebih rendah dan anda dapat berjimat beratus ringgit!

bottom-img